KS Network


Program ini akan membimbing anda dari satu tahap ke satu tahap, dari penggunaan produk dan berkongsi pengalaman serta kejayaan dalam kebebasan kewangan. Peluang unik yang kami beri membolehkan anda untuk menerima diskaun ke atas produk, untung runcit yang tinggi, komisyen jualan serta bonus kewangan dan pelancongan. Kami mengeluarkan semua peruntukan kepada anda dan ini membolehkan anda menikmati 100% keuntungan dari nilai jualan anda – sesuatu yang jarang berlaku dalam dunia pemasaran rangkaian. Langkah mudah ini akan membantu anda untuk membina perniagaan anda dan memperolehi keuntungan yang maksima:

1. Guna Produk
Bila anda menggunakan produk CWC, anda akan mendapat kesan yang baik kepada kesihatan anda, secara tidak langsung anda menjadi testimoni dan ini menunjukkan yang produk ini berkesan. Sebagai pengedar anda membeli produk dengan harga yang lebih rendah dan ini pasti menjimatkan anda.

2. Berkongsi Kebaikan Produk
Sekarang anda sudah mengetahui kebaikan produk CWC. Adalah menjadi perkara biasa untuk kita berkongsi kejayaan yang kita perolehi dengan rakan-rakan. Ceritakan pengalaman anda dan ini membuatkan rakan anda juga mahu perkara yang sama terjadi kepada mereka. Dan, bila rakan anda membeli produk dari anda, untung runcit, rebate dan incentive menjadi milik anda.

3. Berkongsi Peluang
Sepertimana anda memperkenalkan produk CWC kepada rakan anda, begitu juga anda ingin memberitahu bagaimana untuk mereka menjimatkan wang mereka serta menambah pendapatan dengan menjadi agen CWC.

4. Menjadi Pemimpin
Apabila jumlah penajaan anda dan jualan bertambah, anda akan mencapai satu tahap sebagai pemimpin kepada kumpulan anda. Ini akan membolehkan anda menikmati pendapatan yang lebih baik mengikut kelayakan yang anda capai.

5. Membantu yang lain menjadi pemimpin
Seperti anda membantu rakan-rakan anda yang lain mencapai kedudukan yang tertentu, dan ianya berjaya, maka anda sedang menuju kearah kebebasan kewangan yang maksima.

6. Peruntukan Promosi
CWC mengeluarkan peruntukan yang besar dalam promosi untuk membantu memudahkan agen menjalankan perniagaan mereka. Ini termasuklah pengiklanan media masa, cetak, convention dan lain-lain insentif.

7. Capai Kebebasan Kewangan Anda
Sama ada anda mahukan pemakanan tambahan atau pendapatan lumayan, CWC memberikan peluangnya kepada anda. Sistem yang kami sediakan mampu membantu anda dan rangkaian mencapai apa yang anda impikan.