Plan Dr. Income

Penerangan Perlaksanaan

  1. Sertai PDI dengan pembelian 5 kotak D'Ribomax dengan harga RM 299.
  2. Membuat penajaan 3 orang secara terus dengan jumlah pembelian yang sama. Maka anda layak menerima Bonus Penajaan RM 1500. Ini bermakna anda telah memperolehi modal perniagaan anda.
  3. Tanamkan dalam minda downline anda untuk melakukan perkara yang sama agar mereka juga memperolehi modal mereka semula. Ini membuktikan bahawa dengan hanya langkah ini, downline anda sudah tidak menghadapi risiko kerugian lagi.
  4. Setiap ahli mempunyai masa 30 hari untuk melengkapkan Perfect Matching. Tarikh dikira bukan berdasarkan kelendar tetapi berdasarkan tarikh kemasukan/pendaftaran itu dikira sebagai hari pertama.
  5. Anda wajib melengkapkan jaringan untuk melayakkan anda mendapat pendapatan dalam Perfect Matching dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh anda mengaktifkan PDI.
  6. Secara tidak langsung, pengiraan bonus anda di dalam plan asas MIRP juga akan dikira dan dibayar pada setiap penutupan akaun setiap bulan. Sekiranya berlaku seperti di atas, pendapatan dalam plan MIRP adalah sekitar RM 3615.

Peraturan

  1. Penyertaan terbuka kepada semua, berumur 18 tahun dan ke atas, tidak kira sama ada anda sudah menjadi ahli atau belum.
  2. Setiap penyertaan wajib membuat pembayaran sebanyak RM 1495.
  3. Produk yang ditawarkan dalam PDI adalah D'Ribomax sahaja dan tidak boleh menukar kepada produk lain walaupun dengan nilai yang sama.
  4. Sebagai ahli lama, anda tetap berada di dalam jaringan yang sama dan tiada perubahan nombor ID atau jaringan.
  5. Anda wajib mencapai Perfect Matching dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengaktifan/pembayaran anda.
  6. Anda tidak boleh membuat penajaan terus lebih dari 3 orang sebagai downline anda sekiranya anda belum layak mencapai perfect Matching dalam tempoh 30 hari.
  7. Tiada had untuk anda mencapai Perfect Matching dalam tempoh 1 bulan dengan syarat setiap kali ulangan anda dan group harus membuat pembayaran RM 1495.

Soal Jawab

  1. Apakah syarat untuk saya menyertai PDI?
    --> Syarat utama adalah anda membuat pembelian 5 kotak D'Ribomax dengan harga RM 1495. Dengan ini, anda layak untuk menikmati semua insentif yang ditawarkan dalam PDI.

  2. Bilakah saya akan menerima bayaran bonus penajaan sekiranya lengkap 3 penajaan di bawah jaringan saya?
    --> Apabila lengkap penajaan 3 direct sponsor, anda boleh membuat tuntutan pada keesokan harinya. Bayaran boleh dibuat melalui cek, tunai dan online transfer.

  3. Jika pada bulan itu saya hanya dapat menaja 1 orang atau 2 orang direct sponsor, apakah manfaat yang saya akan perolehi?
    --> Anda tetap dibayar bonus penajaan 1 orang = RM 500, 2 orang = RM 1000, tetapi bayaran bonus ini hanya akan dibayar serentak dengan bonus MIRP anda pada hujung bulan.

  4. Bagaimana kedudukan upline saya, sekiranya saya menceburi PDI, dan upline saya tidak?
    --> Di dalam penyata bonus upline anda akan tertera 'Pending Bonus' = RM 500. Ianya akan bertambah setiap kali belian dilakukan. Ianya hanya akan dibayar kepada upline anda sekiranya beliau juga menyertai PDI. Secara tidak langsung, mana-mana ahli yang tidak aktif akan kembali aktif dengan cara ini.

  5. Sekiranya Perfect matching telah berlaku pada jaringan saya, bilakah bonus Perfect matching akan dibayar?
    --> Perfect Matching akan dibayar sehari selepas anda berjaya melengkapkan jaringan anda.

  6. Bilakah bonus dari plan MIRP akan dibayar?
    --> Bonus dari plan MIRP akan dibayar setelah penutupan akaun pada setiap bulan dilakukan.
    Contoh:
    (i) Buka Akaun Baru = 2hb pada setiap bulan
    (ii) Tutup Akaun = 1hb pada setiap bulan
    (iii) Topup Day = 3hb-7hb
    (iv) Pengiraan Bonus = 7hb-10hb
    (v) Pembayaran Bonus = 15hb-20hb

  7. Sekiranya pada bulan itu saya telah melengkapkan PDI, bagaimana pula pada bulan berikutnya?
    --> Untuk makluman, keunikan PDI ini tidak hanya tertumpu pada jaringan itu sahaja. Sekiranya anda telah berjaya melengkapkan PDI pada bulan pertama, maka pada bulan kedua pasti akan berlaku sekali lagi Perfect Matching. Apa yang dapat anda lakukan ialah mencipta satu lagi group untuk menjadikan pendapatan anda berganda.

  8. Untuk memastikan pendapatan saya berganda, maka saya akan membuka kumpulan baru. ini bermakna saya sudah mempunyai 1 kumpulan pada bulan pertama, dan ingin membuka 1 lagi kumpulan lain pada bulan kedua. Adakah saya harus membayar RM 1495 dua kali untuk mendapatkan bonus berganda?
    --> Tidak. Cukup dengan sekali bayaran pada bulan kedua untuk anda menerima bonus perfect Matching dari kumpulan pertama dan juga dari kumpulan kedua. Begitulah seterusnya, walaupun anda mempunyai 10 kumpulan sekalipun, bayaran yang perlu anda buat hanya sekali sahaja pada bulan berkenaan.

  9. Bagaimana jika pada bulan pertama, kumpulan saya bermain satu lot = RM 1495, pada bulan kedua, kumpulan kedua saya bermain dua lot, berapakan yang harus saya bayar?
    --> Anda harus membuat bayaran yang tertinggi pada setiap kali anda membuat bayaran. Sebagai contoh, anda mempunyai 9 kumpulan bermain 1 lot = RM 1495, dan 1 kumpulan yang bermain 5 lot = RM 7475. Maka pada setiap bulan, anda harus membuat bayaran RM 7475 untuk anda menerima semua bonus perfect Matching dari 10 kumpulan anda. Tetapi sekiranya kumpulan itu sudah tidak aktif lagi, maka anda hanya perlu membuat bayaran seperti biasa RM 1495.

  10. Adakah dalam satu kumpulan saya boleh dicampur dengan ahli yang ingin bermain 1 lot, 2 lot, dan 3 lot?
    -->
    Tidak boleh. Setiap kumpulan harus sama. Jika satu kumpulan bermain 1 lot, maka ahli yang lain dalam kumpulan itu harus bermain 1 lot. Jika bermain 5 lot, keseluruhan kumpulan itu harus bermain 5 lot. Ianya terserah kepada anda bagi memastikan berapa bonus yang anda inginkan. ianya tiada had sekatan dari syarikat.

  11. Bagaimana dalam tempoh 30 hari saya gagal menggabungkan Perfect Matching, apakah bonus yang akan saya bakal terima?
    --> Sekiranya gagal mencapai Perfect Matching anda hanya gagal untuk mendapat bonus Perfect Matching sahaja. Tetapi bonus penajaan sebanyak RM 1500 tetap anda terima dan juga bonus dari MIRP tetap dibayar. Ini membuktikan anda telah dapat modal (sifar kerugian) dan keuntungan. Usaha penat lelah anda tetap berbaloi walaupun gagal mencapai Perfect Matching. Inilah perkara terbaik yang dapat CWC berikan kepada anda, sifar kerugian dan tetap mendapat keuntungan.

  12. Apakah yang dapat dipastikan saya mampu untuk mencapai Perfect Matching?
    --> Formula dan juga langkah mudah ini yang dapat dijelaskan bahawa anda mampu untuk mencapainya kerana dengan penajaan 3 orang frontline, anda telah memperolehi kembali modal perniagaan anda. Ini pastinya difikirkan juga oleh frontline anda dan secara tidak langsung, ianya menjadi pendorong untuk pengembangan jaringan itu mulai berlaku dan keupayaan anda untuk mencapai Perfect Matching akan menjadi lebih mudah.

  13. Sekiranya pada bulan itu saya gagal melengkapkan Perfect Matching dalam tempoh 30 hari, dan pada bulan berikutnya saya ingin melengkapkan sekali lagi, adakah saya harus bayar lagi?
    --> Ya. Setiap pembayaran hanya sah untuk 30 hari atau sekali Perfect Matching sahaja. Sekiranya anda memulakan semula untuk melengkapkannya, anda harus membuat pembayaran kali kedua untuk tempoh 30 hari lagi atau sekali Perfect matching.

  14. Saya telah berjaya mendapat Perfect matching, untuk mengulangi pendapatan kali kedua, saya juga ahli di bawah membuat bayaran kali kedua, adakah bonus penajaan RM 1500 tetap saya terima?
    --> Ya. Setiap pembayaran dibuat oleh frontline anda, maka anda akan secara berterusan menerima bonus penajaan itu secara berulang-ulang.

  15. Sebagai melengkapkan satu Perfect Matching, saya hanya memerlukan 39 orang di bawah satu kumpulan. Sekiranya ia terus berkembang, apakah faedah yang saya boleh perolehi?
    --> untuk melayakkan Perfect Matching, hanya 39 orang sahaja diambil kira, tetapi sekiranya ianya berkembang, anda tidak akan mengalami kerugian kerana ia dikira sebagai jumlah jualan kumpulan dan ianya dikira di dalam plan MIRP dan jelas dari plan MIRP ianya akan menyumbang bonus anda menjadi lebih besar.

  16. Apakah yang ditawarkan dalam PDI ini adalah yang terbaik dari mana-mana plan yang terdapat dipasaran?
    --> Semestinya yang terbaik di pasaran. Sekiranya ada plan yang lebih baik dari PDI di pasaran, syarikat berjanji akan melakukan pemanbahan imbuhan kepada pengedar melalui plan ini.

  17. Apakah dengan memberi imbuhan yang terlalu besar ini, syarikat tidak akan mengalami overpaid, sekaligus menyebabkan kerugian?
    --> Syarikat menyahut cabaran sekiranya sesiapa dapat membuktikan bahawa PDI akan berlaku overpaid, syarikat akan memberhentikan plan ini serta-merta dan membayar balik kerugian anda.