Soalan Lazim - Umum



1.Apakah itu MIRP?
MIRP adalah singkatan bagi Multi Incentive Rebate Plan iaitu pelan pemasaran yang dijalankan oleh syarikat Classic Worldwide Corp. (M) Sdn.Bhd (CWC).

2. Adakah Syarikat ini menjalankan perniaggaan secara MLM?
Syarikat Classic Worldwide tidak menjalankan perniagaan secara MLM secara total. Syarikat ini menjalankan pelan pemasaran dengan menggabungkan konsep MLM dan trading. Gabungan ini dinamakan MIRP.

3. Bagaimana untuk menjadi ahli dan berapakah yuran keahlian yang dikenakan?
Secara dasarnya individu yang berdaftar dengan syarikat ini tidak dinamakan sebagai ahli. Mereka bertindak sebagai pengedar untuk produk CWC. Oleh itu CWC tidak mengenakan sebarang yuran untuk menjadi pengedar. Kelayakkan untuk menjadi pengedar adalah HANYA dengan melakukan pembelian 1 (satu) set produk CWC pada harga yang telah ditetapkan. Sila rujuk bahagian produk.

4.Di manakah saya boleh mendapatkan produk syarikat ini?
Produk-produk CWC boleh didapati daripada pengedar ataupun stokis CWC yang sah.

5.Apakah kelebihan menjadi pengedar dalam syarikat ini?
CWC menawarkan pelbagai rebet dan insentif kepada pengedar-pengedarnya. Terdapat 8 (lapan) jenis insentif yang ditawarkan dibawah sistem MIRP. Sila rujuk bahagian Klasik Squad Management.

6. Dengan siapakah saya perlu berhubung untuk mendapat maklumat tentang syarikat dan produk?
Anda boleh mendapatkan segala maklumat tentang syarikat, produk dan maklumat yang berkaitan dengan menghubungi syarikat samada melalui panggilan telefon, fax, ataupunemail. Segala pertanyaan anda akan dilayani dan dijawab oleh pegawai dari jabatan yang berkaitan.