Teras Gerak Kerja

KUALITI Kami yakin dan percaya, kualiti yang baik akan memberikan impak yang berterusan dan hanya akan dapat dihasilkan melalui Standard Operation Procedure (S.O.P) yang berkesan.
LATIHAN DAN BIMBINGAN Kami yakin dan percaya, latihan dan bimbingan yang sistematik dan berterusan akan menghasilkan tenaga mahir yang professional bagi semua bahagian terutamanya yang melibatkan pengeluaran, pengurusan dan pemasaran.
AMALAN KERJA BERPASUKAN Kami yakin dan percaya, Amalan Kerja Berpasukan merupakan kunci kepada kejayaan. Keikhlasan dalam bekerja dan kesediaan untuk berkongsi pengalaman, akan menambahkan lagi kecintaan terhadap amanah dan tanggungjawab yang dipikul.
SUASANA PERSEKITARAN Kami yakin dan percaya, suasana persekitaran yang kondusif amat diperlukan bersesuaian dengan produk keluaran. Kami akan berusaha sedaya mungkin untuk tidak menghasilkan produk yang boleh mencemarkan persekitaran.
ISTIQAMAH Kami yakin dan percaya, istaqamah atau amalan berterusan tentang teras-teras yang dinyatakan di atas bakal membuahkan kejayaan yang diharapkan.
KECEMERLANGAN Kami yakin dan percaya, kecemerlangan mestilah dijadikan cita-cita dan matlamat semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung di dalam membina kejayaan CWC kerana kegemilangan CWC membuktikan kecemerlangan kita.


10 Nilai Perniagaan Classic Worldwide

Nilai 1 - Kepimpinan
CWC diasaskan dan dipimpin oleh tenaga-tenaga pakar yang bergiat aktif dalam penghasilan produk bermutu di Malaysia. Mereka terdiri dari golongan profesional yang terbilang dalam bidang masing-masing. Pengalaman yang luasdalam bidang teknologi pemakanan, kesihatan dan kecantikan.

Nilai 2 - Sains
CWC mendahului sains baru dalam bidang imunologi pemakanan. Kebanyakkan syarikat pemasaran rangkaian hanya mampu menjual produk, tetapi di CWC kami menjual sains.

Nilai 3 - Penyelidikan dan Pembanggunan
CWC mengekalkan standard yang tinggi pada pasukan penyelidikan & pembanggunan yang terdiri daripada pakar-pakar termasuk pakar mikrobiologi, pakar pemakanan, pakar herba, pakar imunologi dan sebagainya. CWC adalah satu daripada syarikat pemasaran rangkaian yang membiayai makmalnya sendiri.

Nilai 4 - Pengeluar Yang Sebenar
Tidak banyak syarikat pemasaran rangkaian menyelidik dan mengeluarkan produk mereka sendiri. Kebanyakkannya adalah syarikat jualan borong. Di CWC kami adalah pengeluar yang sebenar dan menjamin kualiti terbaik produk-produk kami.

Nilai 5 - Produk Yang Unik dan Efektif
Produk-produk CWC adalah unik dan sangat berkesan. Dengan bahan-bahan berpeten dan teknologi penghasilan yang termaju. CWC kekal sebagai peneraju dalam industri kesihatan dan penjagaan kulit.

Nilai 6 - Produk Berpenggunaan Tinggi
Memiliki barisan produk yang mempunyai kadar penggunaan yang tinggi ini dapat menjamin pengulangan pesanan jualan yang tinggi, dan dapat membawa kepada pendapatan yang tinggi untuk jangkamasa yang panjang kepada pengedar-pengedar.

Nilai 7 - Pemeriksaan Global
Kilang CWC menerima pengiktirafan "Good Manufacturing Practise" (Kaedah Pengeluaran Yang Baik) daripada pentadbiran kerajaan kesihatan yang tegas di negara kita.

Nilai 8 - Pengkorporatan Antarabangsa
CWC merupakan perniagaan bertaraf antarabangsa, dengan perniagaan merentasi Asia. Kehadiran CWC di peringkat global, anda boleh membina rangkaian antarabangsa melalui perniagaan CWC.

Nilai 9 - Pelan Pemasaran Jangka Panjang
CWC mengekalkan pelan pembayaran jangka panjang yang adil, yang membolehkan sesiapa untuk memulakan perniagaan rangkaian di mana-mana di seluruh dunia, dan mula memperolehi pendapatan berganda. CWC bakal melahirkan ramai jutawan rangkaian di segenap pelusuk dunia. Anda juga boleh menjadi jutawan seterusnya.

Nilai 10 - Sistem dan Anda
CWC memberi sistem pengulangan efektif untuk melatih, membentuk dan mengubah sesiapa sahaja untuk menjadi seorang usahawan CWC yang professional. Sistem ini telah terbukti mampu untuk menjadikan setiap dan semua orang berjaya dalam perniagaan.