Imunologi Pemakanan

K

emajuan teknologi perubatan moden telah menyebabkan ramai orang beranggapan bahawa ubat-ubatan moden atau pembedahan boleh menyembuhkan semua jenis penyakit. Doktor-doktor perubatan memastikan badan kita kekal sihat.

Sepanjang dekad yang lalu telah menunjukkan bukti bahawa ubat-ubatan sebenarnya tiada kesan penyembuhan. Ia setakat hanya mengawal, atau lebih tepatnya hanya meringankan gejala atau tanda-tanda penyakit, melegakan dan memanjangkan nyawa sahaja. Contohnya ubat yang dikhaskan untuk rawatan penyakit kemerosotan seperti kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dll harus dimakan berterusan. Pesakit-pesakit terpaksa bergantung kepada ubat dalam jangka masa yang panjang dan ini mungkin menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

”Kita dilahirkan secara semula jadi bersama dengan ‘doktor terbaik’ di dalam tubuh kita - sistem keimunan kita”. Inilah sains baru yang dipelopori oleh pakar sainstis dan pakar imunologi yang terkenal di CWC daripada hasil penemuan pengajian dan penyelidikan yang dijalankan bertahun-tahun lamanya. Makanan tumbuhan mengandungi fitonutrien penting yang amat tinggi untuk menguatkan sistem keimunan. Tabiat makan manusia kini telah menyebabkan tubuh kita tidak mendapat zat-zat khasiat seimbang yang diperlukan. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makanan yang mengandungi khasiat yang paling sempurna pada masa kini. Malah tumbuh-tumbuhan yang kita makan setiap hari tidak sampai 0.1% daripada jumlah makanan tumbuhan yang sedia ada.

Semua makanan tumbuhan termasuk kacang soya, buah-buahan, sayur-sayuran, herba dll mengandungi FITONUTRIEN yang boleh menguatkan system imun tubuh kita. Ia juga mampu menghalang mutasi sel-sel berubah kepada sel-sel kanser yang disebabkan oleh lemak dan kolesterol di dalam makanan kita. Maka itu, tabiat makan yang sihat mungkin boleh menurunkan peluang menghidap kanser usus, payu dara dan kanser-kanser yang lain.

Di dalam laporan 660 mukasurat yang bertajuk Makanan,Khasiat dan Pencegahan Kanser: Perspektif Global oleh Institut Amerika untuk Penyelidikan Kanser dan Dana Penyelidikan Dunia bagi Kanser telah mencadangkan bahawa kaedah pencegahan yang paling berkesan ialah ‘dalam sehari makan lebih daripada 7 hidangan bijirin, kekacang, akar-akar, ubi-ubi serta pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak 5 hidangan atau lebih.