PENGUMUMAN PROGRAM ~09 Mei 2012~

Untuk Makluman, Pihak Syarikat akan mengadakan Program Malam Usahawan CWC di Sabah. Berikut adalah perincian tentang program tersebut.

Tarikh: 13 Mei 2012 (ahad)
Masa: 06:00PM - 11:00PM
Tempat: The Pacific Sutera, Sutera Harbour Marina, Golf & Country Club, The Magellan Sutera 1, Sutera Harbour Boulevard, 88100, Kota Kinabalu, Sabah

Harga tiket RM10 bagi seorang & tiket hanya terhad kepada 500 penyertaan sahaja. Ahli berstatus Diamond adalah diwajibkan hadir untuk menerima Sijil & Collar Pin Diamond's Club. Pakaian hendaklah kemas dan berkasut(selipar tidak dibenarkan). Sekian, terima kasih.

INSENTIF TAMBAHAN UNTUK DIAMOND CRL18 PROMOTION ~05 Mei 2012~

Untuk Makluman, Selain memperolehi 1 pek CRL18 secara percuma, Pakej Diamond CRL18 Promotion juga memberikan Booster Incentive sebanyak RM 300 bagi agen-agen yang menaja ahli baru dengan pakej berkenaan di mana agen hanya perlu menggunakan point wallet sebanyak 2,200 sahaja untuk mendaftarkan agen baru berstatus Diamond. Pakej ini hanya sah sehingga 3 Jun 2012. Harap maklum. Sekian, Terima kasih.

TEMPAHAN AWAL PAKEJ PROMOSI CRL18 ~24 April 2012~

Untuk Makluman, Pembelian Produk Classic Royal & Lady's 18 dibuka bermula dari 25 April 2012 sehingga 3 Jun 2012. Setiap pembelian Promosi Diamond CRL18 akan memperolehi 1 pek CRL18 secara percuma. Produk dan info produk akan diedarkan selepas Hari Pelancaran Produk. Sekian, terima kasih



PROMOSI BULAN DISEMBER ~26 November 2011~

Untuk Makluman, pihak syarikat telah mengadakan promosi untuk bulan Disember. Berikut adalah perincian tentang promosi berkenaan.

PAKEJLEFTRIGHT
SILVER50 (unit)50 (unit)
GOLD17 (unit)17 (unit)
PLATINUM10 (unit)10 (unit)
DIAMOND5 (unit)5 (unit)
CA4 (unit)4 (unit)

  • Pengiraan hanya sah untuk pendaftaran ahli baru sahaja.
  • Promosi ini tidak sah disertakan bersama dengan sebarang promosi lain dari pihak syarikat.
  • Tiada had ulangan pencapaian bagi pronosi ini.
  • Setiap kali pencapaian, pihak syarikat akan mengkreditkan RM 3,000.00 ke dalam cash wallet anda.

  • Sekian, harap maklum.

    KOS PENGHANTARAN ~26 November 2011~

    Untuk Makluman, bermula pada 1 Disember 2011 pihak syarikat akan mengenakan cas penghantaran kepada agen-agen CWC yang menetap di Sabah, Sarawak, dan Brunei. Berikut adalah senarai kos mengikut pakej:

    PAKEJSEMENANJUNG MALAYSIASABAH/SARAWAK/BRUNEI
    SILVERRM 0RM 10
    GOLDRM 0RM 20
    PLATINUMRM 0RM 40
    DIAMONDRM 0RM 80
    CARM 0RM 100

    Sekian, harap maklum.

    PENUNDAAN TARIKH PROGRAM CWC DI AWANA GENTING ~22 November 2011~

    Untuk Makluman, berhubung dengan perkara di atas, pihak syarikat akan munundakan tarikh program CWC di Awana Genting pada 26 & 27 November 2011 kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan diumumkan nanti. Perkara ini adalah kerana permintaan dari Usahawan-Usahawan CWC di Malaysia Timur (Sabah, Sarawak & Brunei) ingin turut serta pada program berkenaan. Sekian, terima kasih.

    UNTUK PERHATIAN ~03 November 2011~

    Untuk Makluman, penghantaran barang dari syarikat hanya akan dibuat pada setiap hari Rabu setiap minggu. Dari hari penghantaran, 4-5 hari diperlukan untuk barang sampai ke destinasi anda. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak syarikat atau upline anda. Sekian, terima kasih.

    PENGUMUMAN PENTING!!! ~03 November 2011~

    Untuk Makluman, setiap agen CWC dinasihatkan agar menukar password masing-masing secepat mungkin agar tidak berlaku sebarang penyelewengan atau penyalahgunaan ID oleh pihak ketiga. Ini adalah kerana pihak syarikat telah menerima banyak laporan dari agen-agen berkenaan dengan masalah pencerobohan akaun oleh pihak ketiga tanpa pengetahuan pemilik akaun tersebut. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku lagi kehilangan bonus dan point yang berpunca dari masalah tidak menukar password. Diharap dengan kerjasama dari pihak agen-agen CWC akan memantapkan lagi perjalan system CWC. Sekian, harap maklum.

    PERJUMPAAN PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN USAHAWAN-USAHAWAN CWC DI AWANA GENTING ~09 November 2011~

    Untuk makluman, pihak syarikat akan mengadakan satu perjumpaan pemimpin-pemimpin dan usahawan-usahawan CWC. Berikut adalah perinciannya:
      Tempat: Awana Genting
      Tarikh: 26 dan 27 November 2011
      Masa: 2 hari 1 malam
      Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 20 November 2011
      Terhad kepada 100 Usahawan Diamond dan Crown Ambassador SAHAJA
      Berpakaian Kemas
    Sila sahkan kehadiran tuan/puan/dato/datin kepada pihak syarikat dengan menghubungi talian 04-4213217 (Cik Ela). Sekian.

    CUTI SEMPENA AIDIL ADHA ~03 November 2011~

    Untuk makluman, pihak syarikat akan bercuti pada 06 Oktober 2011. Syarikat akan beroperasi semula pada 07 Oktober 2011. Walaubagaimanapun, sistem syarikat tetap berjalan seperti biasa. Sekian harap maklum.

    CUTI SEMPENA DEEPAVALI ~20 October 2011~

    Untuk makluman, pihak syarikat akan bercuti pada 26 Oktober 2011. Syarikat akan beroperasi semula pada 27 Oktober 2011. Walaubagaimanapun, sistem syarikat tetap berjalan seperti biasa. Sekian harap maklum.

    PAKEJ ISTIMEWA SEPTEMBER ~05 October 2011~

    Sehubungan dengan perkara di atas, pihak syarikat telah melanjutkan pakej istimewa sebtember sehingga 31 Oktober ini. Sekian, harap maklum.

    TRASFORMASI SISTEM CWC ~04 October 2011~

    Makluman untuk rakaniaga CWC, bermula pada 03 Oktober 2011, pihak syarikat tidak lagi mengkreditkan bonus terus ke akaun bank anda. Anda harus mengakses ke akaun anda dan melakukan permintaan untuk pengeluaran nilai di Cash Wallet anda kepada nilai ringgit ke akaun bank anda. Perkara ini adalah bertujuan untuk merangsang setiap ahli supaya lebih berminat untuk login ke akaun sekaligus mengemaskinikan profil masing-masing. Bonus anda akan dikreditkan terus ke akaun Cash Wallet anda selewat-lewatnya pada hari SELASA setiap minggu. Anda boleh mengeluarkan nilai pada Cash Wallet untuk dimasukkan ke akaun bank anda pada hari SELASA dan RABU. Nilai MINIMUM transaksi adalah RM50. Tempoh pemprosesan adalah 24 jam. Transaksi selepas pada hari RABU akan dibawa ke hadapan. Sebarang pertanyaan untuk penerangan lebih terperinci, anda boleh hubungi upline anda. Sekian, harap maklum.

    CUTI SEMPENA AIDIL FITRI ~28 August 2011~

    Untuk makluman, pihak syarikat akan bercuti pada 29 Ogos 2011 sehingga 04 Ogos 2011. Syarikat akan beroperasi semula pada 05 Ogos 2011. Walaubagaimanapun, sistem syarikat tetap berjalan seperti biasa. Sekian harap maklum

    SENARAI BANK YANG DITERIMA ~22 August 2011~

    Untuk makluman, pihak syarikat hanya menerima akaun MAYBANK, CIMB, PUBLIC BANK, dan RHB BANK sahaja untuk proses pembayaran bonus. Sila kemaskinikan maklumat akaun anda secepat mungkin. Sekian harap maklum

    CAS TRANSAKSI DAN PENGURUSAN ~12 August 2011~

    Untuk makluman, setiap kali pengeluaran bonus mingguan, setiap ahli akan dicas RM5 sebagai cas transaksi dan pengurusan. Sekian harap maklum

    KEMASUKAN KALI PERTAMA ~26 July 2011~

    Untuk makluman, bagi kemasukan kali pertama ke sistem CWC, username dan password anda adalah MY-(NO. IC)- dan diikuti dengan bilangan akaun anda contohnya :-

    Jika IC anda 870907355301 dan ini adalah akaun pertama anda, ID dan password anda adalah MY-870907355301-1. Jika ini adalah akaun kedua anda, ID dan password anda adalah MY-870907355301-2 dan berikutnya. Anda diminta menukar password anda supaya tidak berlaku sebarang penyalahgunaan. Setiap ahli hanya dibenarkan mempunyai maksima EMPAT ID SAHAJA. Sekian harap maklum