Menjadi pengeluar dan pemasar utama bertaraf dunia bagi produk penjagaan diri dalam industri kesihatan dan kecantikan berasaskan sumber semulajadi tempatan dan antarabangsa melalui penyelidikan dan formulasi pakar tempatan.
Misi
Menyediakan produk kesihatan dan kecantikan yang bertaraf antarabangsa serta menerajui teknologi dari segi penyelidikan terkini di Asia mahupun dunia.
Merealisasikan kelompok usahawan yang cemerlang dalam konsep perniagaan pintar dengan pelan pemasaran dan produk yang mempunyai daya maju yang tinggi, sekaligus memjadikan CWC sebagai platform untuk perniagaan yang lebih global.
Penyelidikan& Pembangunan
Di Classic Worldwide, kami melakukan penyelidikan dan pembangunan sebelum membuat sesuatu produk. Dengan kepakaran dan keupayaan kami, setiap produk yang dihasilkan adalah menepati standard-standard dan garis panduan yang ditetapkan kerana kami pasti, bahawa kualiti adalah menjadi keutamaan bagi menghasilkan produk yang bermutu. Usaha yang berterusan dilakukan bagi menjalankan pelbagai lagi penyelidikan dan pembangunan. Komitmen kami adalah untuk memberi manfaat yang terbaik kepada anda, daripada kebaikan alam semulajadi menerusi sains.